ALUMNI KKTM REMBAU JUARA PROGRAM REALITI ASTRO – Gen F MUSIM PERTAMA

Rate this item
(0 votes)


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur 17 Mei – Pereka fesyen yang semakin meningkat naik, Hazzerwan Hazlee dan Siti Mariam Musa telah menjuarai program reality TV anjuran ASTRO, Gen F Musim Pertama.

Dipetik dari FB Hazzerwan Hazlee, beliau bersama rakannya Mariam Musa mengucapkan syukur kerana telah dinobatkan sebagai Juara Gen F Musim Pertama sekali gus menewaskan 20 peserta lain.

Hazzerwan Hazlee dan Marian Musa merupakan bekas pelajar KKTM Rembau dalam bidang Diploma in Fashion Designer tahun 2008 dan melanjutkan pelajaran di Heriott Watt University, Scotland dalam bidang ‘Fashion Design for Industry’, tajaan MARA.

Dengan falsafah ‘’Always Believe In Yourself, Your Passion Your Dream And Just Go For It’, beliau menyimpan hasrat untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara serta ingin membina empayar perniagaan seperti idolanya Datuk Jimmy Choo dan Dato’ Bernard Chandran.

Juara program ini menerima hadiah tajaan ASTRO GO SHOP bernilai RM 100,00.00, Capsule collection with fashion valet bernlai RM 100,00.00 & baucer RM 50,000.00 tajaan LANCOME.

Ditanya apakah perancangan selepas ini, mereka akan terus membina empayar fesyen dengan brand WAN&MARY agar lebih mendapat sambutan di dalam dan luar negara. Selepas ini mereka akan menyertai Debut Collection bersama Fashion Valet dan seterusnya menyertai Interntional Fashion Week di London, Milan, Paris dan Tokyo.

Program reality TV anjuran ASTRO, Gen F Musim Pertama menampilkan juri tetap dan mentor Datuk Rizalman Ibrahim, Datin Vivy Yusof, Faizal Hamid dan Zaihani Md Zain.

Read 290 times Last modified on Monday, 09 July 2018 02:19

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search