H03 - DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY PLANT MAINTENANCE
Free
BIOTECHNOLOGY

H03 - DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY PLANT MAINTENANCE

Duration of Study

36 Months (Full Time)

Centre

Lenggong

Entry Requirement

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Matematik

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

3) Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran lain DAN

4) Lulus Bahasa Inggeris

LEPASAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa Inggeris 

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LEPASAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; serta kepujian di peringkat SPM dalam subjek berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa Inggeris 

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LEPASAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM seperti ILP, IKBN dan lain-lain / KOLEJ KOMUNITI / POLITEKNIK

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50. 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM.

Programme Synopsis

Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang penyelenggaraan loji dengan pendedahan kepada pengetahuan prinsip-prinsip kejuruteraan serta memberi penekanan terhadap praktikal sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang kritikal seperti pengetahuan penyelenggaraan. Pelajar akan berpeluang menimba pengetahuan dan latihan yang praktikal, sesuai dengan kehendak dan keperluan pekerjaan semasa. Proses pembelajaran juga meliputi pemahaman terhadap elemen-elemen pemprosesan herba, keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) di samping penyelenggaraan peralatan yang dapat memenuhi keperluan individu, persekitaran dan industri, selain menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah.

Syllabus Content

Career Prospects

Penolong Jurutera, Juruteknik Penyelenggaraan Loji Pemprosesan, Juruteknik Fasiliti Kilang GMP, HACCP Penjaga Dandang (Boilerman), Usahawan Teknopreuner.

Opportunities to Further Education

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

- Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Manufacturing  Systems, UniKL

- Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Machine Tools Manufacturing, UniKL

Short Description

Course Info

CONTACT US

Vocational & Technical Division

Level 21, MARA Headquarters 21,

Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

SSL CERT

COPYRIGHT © 2018 VOCATIONAL & TECHNICAL DIVISION

Search