36 Months (Full Time)
MQA/FA0635
Rembau
LEPASAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. DAN
1) Lulus Bahasa Inggeris
2) Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni Visual /Lukisan Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM; ATAU
* Lulus Ujian Portfolio bagi mereka yang tidak berkelayakan atau tidak mengambil pelajaran Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM.
* Tertakluk kepada perlaksanaan semasa.
LEPASAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:
1)Bahasa Inggeris
2)Lulus Pendidikan Seni / Seni Visual / Lukisan Kejuteraan
LEPASAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul.
LEPASAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM seperti ILP, IKBN dan lain-lain / KOLEJ KOMUNITI / POLITEKNIK
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50. ATAU
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM.
Program ini memberi pengkhususan kepada pembangunan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan industri fesyen di Malaysia, sejajar dengan kehendak bagi melahirkan pereka fesyen yang kreatif. Pelajar mampu untuk mengekspresi dan meneroka kreativiti serta kebolehan untuk menggambarkan konsep rekabentuk sekaligus berkomunikasi dengan lebih efektif kepada rakan sekerja dan klien. Pelajar akan dilatih untuk lebih bermotivasi, bersemangat dan berpengetahuan, berinisiatif dan bekerja secara berpasukan. Pelajar juga akan didedahkan kepada senario industri fesyen terkini meliputi operasi, kehendak pasaran dan pengaruh besar dalam industri ini. Selain daripada itu, maklumat tentang hubungan antara rekabentuk fesyen dan promosi media serta sektor-sektor pasaran tertentu termasuk couture dan pasaran sedia-terpakai akan diperkenalkan kepada pelajar.
Tamat pengajian, pelajar dijangka untuk bekerja sebagai pembantu pereka fesyen dalam bidang perniagaan berasaskan studio, syarikat rekabentuk fesyen, perniagaan borong dan runcit, majalah dan rumah-rumah penerbitan dalam talian, agensi fesyen, rekabentuk tekstil dan studio percetakan, ejen tekstil, pegawai pemasaran dan perhubungan awam bagi syarikat-syarikat gergasi.
Year 1: Hand Embroidery, History of Costume, History of Art Design, Introduction to Computer Systems, Drawing Fundamentals, Fundamental Mathematics, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, English for Communication 1, Co-curiculum 1, Fundamental of Fashion Design, Introduction to Textile, Fundamental Fashion Drawing, Malay Traditional Constume, Introduction to Fashion CAD, Sampling and Basic Pattern, Pengajian Malaysia, English for Communication 2, Co-curriculum 2
Year 2: Fashion Design Studio 1, Pattern and Garment Construction 1, Fashion Seminar, Fashion Illustration 1, Introduction to Fashion Accessories, Beadwork, Fashion Critics and Styling, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Fashion Design Studio 2, Pattern and Garment Construction 2, Basic Embroidery Machine, Computer Aided Design in Fashion Industry, Fashion Illustration 2, Technopreneurship 1
Year 3: Fashion Design Studio 3, Pattern and Garment Construction 3, Fashion Digital Portfolio, Technopreneurship 2, Industrial Training
Pereka fesyen dalam bidang rekabentuk couture, pakaian, aksesori dan rekabentuk percetakan fabrik, agen tekstil dan konsultan bagi penerbitan fesyen, usahawan.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:
• Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian) (UiTM)
• Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan (Kepujian) - Teknologi Rekabentuk Fesyen dan Tekstil (UNIMAS)
• Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Kepujian) Rekabentuk Fesyen (UNITAR)
Vocational & Technical Division
Level 21, MARA Headquarters 21,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my