F57 - DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (ELECTRONICS MEASUREMENT & CONTROL)
Free
ELECTRONIC

F57 - DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (ELECTRONICS MEASUREMENT & CONTROL)

TEMPOH PENGAJIAN

30 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA1063

KKTM TERLIBAT

MJII Beranang

SYARAT KELAYAKAN

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
  4. Lulus Bahasa  Inggeris

LEPASAN STPM

Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM  mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LEPASAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LEPASAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA/INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM SEPERTI ILP, IKBN DAN LAIN-LAIN/KOLEJ KOMUNITI/POLITEKNIK

  1. Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 
  2. Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara DAN

Lulus SPM

*Syarat tambahan lain bagi semua program di dalam kluster Elektronik: TIDAK RABUN WARNA 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam pelbagai proses industri dan sistem pengukuran termasuk pengesan dan actuator yang banyak digunakan dalam pembuatan automasi termasuk industri utiliti dan lain-lain. Pelajar akan memperolehi pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam sistem kawalan, pengesanan(sensor), pemilihan peralatan, pemasangan, pertauliahan dan pengujian, penyelenggaraan, kaliberasi, pengaturcaraan dan pengendalian PLC, SCADA. Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti Process Control, Industrial Automation, Data Acquisition and Control serta Industrial Process Instrumentation.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral, English For Communication 1, Co-Curriculum 1, Mathematics For Engineers 1, Physics I, Digital Electronics Fundamentals, Electrical Circuits, Engineering Drawing, Workshop Electronics, Introduction to Computer and IT, Workshop Electrical, English For Communication 2, Co-Curriculum II, Mathematics For Engineers 2, Physics II, C Programming, Workshop Mechanical, Analogue Electronics, Electrical Technology, Measurement and Instrumentation

Tahun 2: Electronics Devices, Feedback Control System, Microcontroller and Embedded System, Programmable Logic Controllers, Virtual Instrument System, Start-Up Enterprise, Pengajian Malaysia, Project I (Electronics Measurement & Control), Mathematics For Engineers 3, Islam Kontemporari, Masalah Dan Isu Moral, Digital Enterprise, Data Acquisition and Control, Industrial Automation, Industrial Process and Instrumentation, Process Control, Project II (Electronics Measurement & Control)  

Tahun 3: Industrial Training 

PROSPEK KERJAYA

Juruteknik pengukuran elektronik dan kawalan, penolong jurutera, usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) (Elektronik) (UniKL BMI)
  • Electronic Engineering BEng (Hons) (University of Surrey, UK)
  • Electronic and Electrical Engineering BEng (Brunel University London)

 

Short Description

Course Info

CONTACT US

Vocational & Technical Division

Level 21, MARA Headquarters 21,

Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

SSL CERT

COPYRIGHT © 2018 VOCATIONAL & TECHNICAL DIVISION

Search