GARIS PANDUAN

Garis Panduan Penghasilan Video dan Montaj

Pendahuluan

Hebahan melalui video dan montaj merupakan salah satu  platform penyampaian yang berkesan bagi menyampaikan maklumat.  Sehubungan itu, garis panduan ini dilaksanakan untuk memberi panduan bagi penghasilan video dan montaj sebarang pelaksanaan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan.

Oleh itu, setiap pusat perlulah memastikan:

  1. Berhubung dan bekerjasama dengan Unit Media BKT,  Bahagian Teknologi Kreatif dan Multimedia MARA (BTKM) dan Bahagian Komunikasi Korporat MARA (BKOM) untuk  memastikan bahawa nama KKTM, MJII dan IKM dan tanda jenama adalah konsisten dengan garis panduan, gaya dan penjenamaan keseluruhan untuk MARA.  Selain itu, bahagian-bahagian tersebut juga akan memberi bantuan  mengenai penjenamaan atau perkara lain yang berkaitan dengan penciptaan video, persembahan atau media interaktif lain.
  2. Bahagian Komunikasi Korporat MARA akan memberi bantuan dalam bentuk pembebasan media, apa-apa persetujuan yang diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap privasi individu. Selain itu, kerjasama ini adalah untuk memastikan bahawa kehendak mana-mana individu yang tidak mahu menggunakan imejnya diberi penghormatan.
  3. Memastikan penggunaan logo KKTM, MJII dan IKM yang selari dengan kawalan latar belakang.
  4. Mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan yang diperlukan termasuk persembahan, penjenamaan, barangan dagang dan logo, penggunaan harta intelektual, imejan, rakaman bunyi dan apa-apa bahan berhak cipta yang akan menjadi sebahagian daripada pengeluaran video akhir. Kebenaran mesti diperoleh daripada penyedia asal / penyedia bahan asal.
  5. Mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu bagi mana-mana harta persendirian imej, bahan dan objek bagi tujuan promosi.
  6. Memaklumkan kepada Pengurusan KKTM, MJII dan IKM sebelum media, kru filem atau vendor video program/majlis/montaj untuk melaksanakan perkhidmatan di premis KKTM, MJII dan IKM. Krew mesti menerima kelayakan sementara dan ID dan mempunyai pengiring rasmi sebelum kerja di bangunan kampus.
  7. Elemen-elemen video.
Pembukaan Video
  • e-Poster atau e-Banner program atau aktiviti.
  • Templet dengan latar belakang putih yang memaparkan logo positif warna penuh atau latar belakang kelabu/hitam gelap yang memaparkan logo berbalik warna penuh adalah disyorkan.
  • Gambar perasmi lengkap bersama nama dan jawatannya.
Kandungan Video
  • Kandungan yang memaparkan video/montaj program/majlis tersebut.
  • Masukkan gambar-gambar yang berkaitan sahaja (mengurangkan gambar-gambar yang tidak perlu).

 Penutup Video

  1. Mengandungi Maklumat Berikut:
  • Alamat institusi
  • Telefon, Fax
  • Laman sesawang, FB, IG, Twitter dan lain-lain
  • Logo institusi yang sesuai
  • Penghargaan/kredit
  1. Pakaian

Selaras dengan penjenamaan KKTM, MJII dan IKM, individu-individu yang terlibat diminta berpakaian kemas, sopan dan menampilkan imej TVET. Pemakaian aksesori yang tidak sepatutnya adalah tidak dibenarkan.

  1. Panjang

Durasi penghasilan video yang praktikal dan berkesan adalah antara 1-2 minit. Walaubagaimanapun, penghasilan bagi video-video dengan unsur pendidikan mungkin lebih Panjang.

  1. Muzik

Pemilihan muzik perlulah berteraskan kepada irama yang boleh meningkatkan mutu kerja, mencipta cerita yang menarik, inspirasi atau bertenaga. Sila pastikan muzik itu bebas daripada isu hak cipta.

  1. Keperluan Teknikal dan Spesifikasi

Disyorkan untuk menghadkan kepada maksimum 10MB seminit dan pastikan anda mengodkan video anda untuk Internet Streaming ("Fast Start") supaya video anda akan mula bermain hampir serta-merta. Gambar yang hendak dijadikan sebagai video hendaklah menggunakan pixel 2MB dan ke atas untuk mengelakkan ianya pecah dan menjejaskan kualiti gambar serta video tersebut. Suntingan video juga hendaklah mengelakkan penggunaan video yang bergegar.

  1. Resolusi untuk muat naik ke media sosial atau web portal

Semua elemen video termasuk teks harus dibaca pada resolusi minimum 400 x 300. Ini adalah untuk memastikan kebolehbacaan pada peranti mudah alih. Landskap (nisbah aspek 16: 9) disyorkan semua video.

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search